Sunday, November 21, 2010

siti khadjiah.


mencari 'jiwa' itu bukan kacang.

bukan boleh di beli belah di gedung besar, di pusat borongan, di pasar pasar malam, apa lagi di kedai kedai baju bundle port kebiasaan lelaki lelaki picisan macam aku ini.




mencari 'jiwa' itu bukan kacang.

bukan boleh di tuding di tarik sebarangan hati dari celahan manusia manusia yang di cipta indah oleh Tuhan itu.




seperti,

"Ah. aku suka itu. aku mahu itu. Dia indah."

kemudian terus menjadi satu jiwa.





mencari 'jiwa' itu bukan kacang.



itu bohong kalau berdiri sahaja di tengah manusia manusia kemudian datang satu 'jiwa' dan berkata,

"Ah. aku suka ini. aku mahu ini. Kamu indah"




apa lagi sang berdiri itu bukan manusia punya paras rupa molek, apa lagi berbadan lengkung tidak punya bahu tegap.

apa lagi sang berdiri itu bukan manusia pemakai perfum ratusan ringgit.





itu bohong.


No comments:

Post a Comment