Tuesday, November 30, 2010

suka.




ok. aku tahu itu mustahil.



Sunday, November 28, 2010

seperti.

kau.


aku mahu yang seperti kau.
aku mahu yang indah seperti kau.


lembut tuturnya,
indah pekertinya,
molek paras rupanya,
dingin hadirnya menyejuk setiap perasaan baran,
yang seperti kau.

aku mahu yang seperti kau.
indah seperti kau.



aku mahu kau.





Sunday, November 21, 2010

siti khadjiah.


mencari 'jiwa' itu bukan kacang.

bukan boleh di beli belah di gedung besar, di pusat borongan, di pasar pasar malam, apa lagi di kedai kedai baju bundle port kebiasaan lelaki lelaki picisan macam aku ini.




mencari 'jiwa' itu bukan kacang.

bukan boleh di tuding di tarik sebarangan hati dari celahan manusia manusia yang di cipta indah oleh Tuhan itu.




seperti,

"Ah. aku suka itu. aku mahu itu. Dia indah."

kemudian terus menjadi satu jiwa.





mencari 'jiwa' itu bukan kacang.



itu bohong kalau berdiri sahaja di tengah manusia manusia kemudian datang satu 'jiwa' dan berkata,

"Ah. aku suka ini. aku mahu ini. Kamu indah"




apa lagi sang berdiri itu bukan manusia punya paras rupa molek, apa lagi berbadan lengkung tidak punya bahu tegap.

apa lagi sang berdiri itu bukan manusia pemakai perfum ratusan ringgit.





itu bohong.


Thursday, November 11, 2010

siang.

kalau bukan kerana anak-anak kecil itu,
aku sudah mati.


tanpa matahari.
tanpa udara yang mendukung nafas ini.
tanpa senyum.


kalau bukan kerana anak-anak kecil itu.

Tuesday, November 9, 2010

sial.

terima kasih sebab ajar aku jangan jadi lembik.

terima kasih sebab ajar aku jangan baik sangat pada orang lain.

terima kasih sebab ajar aku jadi jahat.

terima kasih.

Wednesday, November 3, 2010

.


malam ini,

aku tahu.

apa yang kau mahu.



fullstop.