Monday, October 5, 2009

jalan cahaya

saat ku merasa
gelapnya jalan ku
berjuta batunya
cahaya di depan ku

hidup ku terpaku
pada dosa-dosa ku
jatuh ku berliku
tak tercapai ku pada Mu

Kau bimbingilah aku
menuju ke cahaya Mu
kerana ku tak mampu
terus berdosa pada Mu

ampuni dosa ku
hapuskanlah kegelapan ku
sinarkanlah hidup ku
cahayakanlah jalan ku

Friday, August 21, 2009

pipit

ada satu waktu itu
aku jumpa satu bintang di langit
bersinarnya sangat indah
terus membuat aku seperti mahu menggapainya
walaupun aku tahu
langit itu terlalu tinggi
untuk aku jengket
dan meloncat
mahu menggapai
dan memeluk bintang indah itu

akhirnya aku sedar
langit itu memang terlalu tinggi
untuk manusia kerdil seperti aku
dan bintang indah itu
terus bersinar-sinar
seolah-olah menarik satu tali panjang
yang mengikat hati ini
seolah-olah menarik hati ini
untuk naik ke atas sampai ke bintang indah itu

akhirnya aku sedar
langit itu memang terlalu tinggi
untuk manusia kerdil seperti aku
dan bintang indah itu
bersinarnya bukan untuk aku
sampai satu waktu
ada satu bintang lainnya
bersinar-sinar meneman bintang indah itu

akhirnya aku sedar
langit itu memang terlalu tinggi
untuk manusia kerdil seperti aku
dan bintang indah itu
bukan untuk aku
akhirnya aku sedar
ada satu mutiara kecil
sedang bersinar indah
yang sedang berdiri
betul-betul di sebelahku

Saturday, June 13, 2009

angin

hidup adalah

angin.


kadang membelai.

kadang meribut.

Tuesday, May 5, 2009

sketsa belakang kepala, 2006

"sketsa belakang kepala, 2006"




Sunday, April 19, 2009

doa hamba kecil-Mu

oh tuhan,
kurniakan aku
teman hidup terbaik

terbaik dari Mu
terbaik untuk ku

aku mahu
cuma
aku tak tahu

Monday, April 6, 2009

hidup memang seorang

hidup memang seorang
dari dalam perut sampai lahir ke dunia
lahirnya seorang diri, duduk berdiri, berlari semuanya sendiri

hari-hari pun sama saja
ada teman pun tiada teman
bila lelah datang mencari, pergi bila senang hati

kawan datang kawan pergi
tak ada yang lekat abadi
kerana hidup memang seorang, duduk berdiri, berlari semuanya sendiri
kerana ada teman pun tiada teman
kerana teman hanyalah seorang teman
teman yang hanya teman
bukan teman yang benar-benar menemani, memahami

hidup memang seorang
ingin benar ditemani, dari dalam jauh hati
ingin benar ditemani, teman yang benar-benar menemani, memahami
yang benar-benar menemani, memahami selagi hidup ini

hidup memang seorang, dan mati juga
seorang diri ditimbus, dikafan, disembahyangkan
seorang diri dibangkit kembali
seorang diri juga menghadap YANG ESA
yang maha Menyayangi, yang maha Disayangi.
hidup memang seorang.

Tuesday, March 31, 2009

bunga

aku mahu kau menjadi seperti bunga
yang kembang mekar berseri
di bawah payungan matahari

aku mahu kau menjadi seperti bunga
yang cantik indah dipandang
dicabut sulit dipetik berduri

aku mahu kau menjadi kekuntum bunga
yang cuma seperti itu
kerana aku mahu kumbangnya cuma aku

Monday, March 30, 2009

aku ada impian. cuma aku mahu

aku ada impian
bukanlah sebesar mana
bukanlah aku minta dihibur hidup ini

cuma aku mahu
kelak aku mati, mati penuh gembira
gembira kerana ditangisi
tangisan penuh doa

makhluk perosak

kau sangka dunia ini kau punya
merosak, mencabut nyawa
sesuka saja

kau menari-nari gembira
mengikut irama, lenggok tari
yang kau cipta sendiri

saat anak-anak kecil
ibu-ibu tua
menangis. sakit
engkau ketawa, terus menari

sepi hati penghibur

penghibur
dia menghibur segenap sudut alam
membuat semua berasa girang

penghibur
dalam kelam dia menyinar
buat semua berasa senang

tapi sayang
walau semua berasa girang
walau semua berasa senang
jauh di dasar hati
tidak dia berasa girang
tidak dia berasa senang

sepi
tiada siapa mengerti
tiada siapa peduli

warna alam

warna alam,
hijau
pokok-pokok,
biru
lautan,
merah
bebunga,
kuning
bulan, mentari
indah alam
ciptaan Tuhan

Friday, January 9, 2009

Niji di Luna, 2008


"Niji di Luna, 2008"


aku memang sucks! dalam mewarna. aku boleh melukis atau sketch cantik-cantik kemudian selepas aku mewarnakannya, karya tersebut pasti akan menjadi rosak dan teruk. Karya ini diberi nama Nidji di Luna yang dihasilkan pada tahun 2008 untuk tugasan subjek seni semester 5. (atau semester 6??)

Tuesday, January 6, 2009

phomic

"Art itu seni, 2008"
(sila klik pada gambar untuk tumbesaran)

aku telah discover satu cabang karya yang baru.
phomic. dua cabang karya yang digabung menjadi satu - fotografi (photography) dan komik (comic). awalnya aku langsung tidak tahu wujudnya cabang phomic ini. secara kebetulan aku memberikan nama phomic kepada cabang karya ini. seterusnya selepas aku melakukan sedikit penyelidikan di google, baru aku tau cabang phomic ini memang wujud. dan memang namanya PHOMIC!

karya phomic pertama aku ini dirakam dan dihasilkan secara tidak langsung. aku dan Hadi Sazili sekadar beraksi di depan kamera yang diletak dalam keadaan statik. selepas di pindah ke dalam laptop barulah timbul idea untuk mengkaryakannya.

portraits


"Maworld, 2007"


"Gadis Country (Desa Girl), 2008"


"The Shuttler, 2008"


mula-mula aku mengkaryakan muka orang ala-ala potret ni semasa aku sekolah rendah. susah aku nak ingat umur berapa, darjah berapa. tapi yang aku ingat aku karyakan wajah PM waktu tu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad. tak tau la aku lukisan ala potret pertama aku tu cantik atau tidak, tapi sekurang-kurangnya emak aku boleh mengecam yang itu adalah Dr. M. 3 lukisan ala potret di atas dikaryakan semasa aku sedang belajar di kolej sekarang. Maworld paling awal antara 3 tersebut, iaitu pada tahun 2007. waktu tu kelas seni di bawah Encik Md Noor kalau tak silap. kemudian yang dua Gadis Country dan The Shuttler pula dikaryakan pada 2008, pada waktu kelas seni diajar oleh Encik Mokhtar Adnan.

The David, 2005

"The David, 2005"

The David ini dikaryakan sekitar tahun 2005 semasa aku masih belajar di IPBA. ya, rindu kawan-kawan sekelas di IPBA dulu. tapi aku tak cukup berbakat dalam seni untuk kekal bersama mereka - encik jalil, fafa, dasuki, chee wah dan lain-lain. The David kini tiada dalam simpanan aku sebab sudah dihadiahkan kepada Syed sebagai cenderamata perpisahan selepas foundation di IPBA dulu. Ah, tapi akhirnya aku dan Syed sama-sama menyambung ijazah di kolej yang sama.