Saturday, October 23, 2010

Dear Mrs. Past

kehadapan awak si masa lalu,

semoga awak sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan diberkati oleh Nya. Maaf kalau kehadiran warkah ini mengganggu situasi harmonis awak.

sudah lama kita tak bertanya khabar, apatah lagi bersua muka. Mungkin eksisten saya sudah terhapus sedikit sedikit atau kesemuanya dari kotak memori awak, mungkin juga eksisten awak sudah merebak hilang sedikit sedikit atau kesemuanya dari kotak memori saya. kerana awak sudah ada hidup awak, begitu juga saya dengan hidup saya. Mungkin kita dipayung oleh sang langit yang sama, tetapi tidak di kehijauan rumput yang sama kaki awak dan kaki saya pijak.

cuma saya tumpang gembira bila dapat pandang awak yang ditemani dengan warna warna pelangi keliling awak.


dear mrs. past,

jujur sepijaknya kaki di tanah di rumah biha, yang atmosferanya terhias dengan susunan bunyi bunyi indah, terberkat dengan kunjungan kunjungan keramaian, terdiri payungan khemah khemah menjamu hidangan hidangan, yang semuanya meraikan hari paling istimewa seorang sahabat kita, dua biji mata ini tak henti henti mengerling seluruh keramaian itu mencari figura kamu, yang aku tahu pasti ada kamu si kejiranan dia.

dan Tuhan akhirnya memberi sedikit minit kepada aku, juga kepada kamu, mungkin, untuk sekian kalinya aku melihat kamu yang sudah bertahun merebak hilang sedikit sedikit atau kesemuanya.

dengan si kecil comel, mirip kamu yang cantik walau sedikit berisi, gagah mengendong yang lainnya dalam diri kamu, aku tahu kamu gembira, bahagia berdindingkan jutaan tujuh warna pelangi.


dan aku cuma boleh senyum pada kamu.

sambil melihat sabarnya kamu melayan si kecil comel itu.



dari jauh.





p/s: semoga bahagia selalu, Mrs. Past :)