Tuesday, March 31, 2009

bunga

aku mahu kau menjadi seperti bunga
yang kembang mekar berseri
di bawah payungan matahari

aku mahu kau menjadi seperti bunga
yang cantik indah dipandang
dicabut sulit dipetik berduri

aku mahu kau menjadi kekuntum bunga
yang cuma seperti itu
kerana aku mahu kumbangnya cuma aku

Monday, March 30, 2009

aku ada impian. cuma aku mahu

aku ada impian
bukanlah sebesar mana
bukanlah aku minta dihibur hidup ini

cuma aku mahu
kelak aku mati, mati penuh gembira
gembira kerana ditangisi
tangisan penuh doa

makhluk perosak

kau sangka dunia ini kau punya
merosak, mencabut nyawa
sesuka saja

kau menari-nari gembira
mengikut irama, lenggok tari
yang kau cipta sendiri

saat anak-anak kecil
ibu-ibu tua
menangis. sakit
engkau ketawa, terus menari

sepi hati penghibur

penghibur
dia menghibur segenap sudut alam
membuat semua berasa girang

penghibur
dalam kelam dia menyinar
buat semua berasa senang

tapi sayang
walau semua berasa girang
walau semua berasa senang
jauh di dasar hati
tidak dia berasa girang
tidak dia berasa senang

sepi
tiada siapa mengerti
tiada siapa peduli

warna alam

warna alam,
hijau
pokok-pokok,
biru
lautan,
merah
bebunga,
kuning
bulan, mentari
indah alam
ciptaan Tuhan